Sunday, 29 January 2017

Misteri Watak Hawkeye The AVENGERS, SI PEMANAH



Kita mungkin tak percaya cerita ini tentang watak Hawkeye The Avengers.
Andai saja kita tahu rahsia di sebalik aktiviti memanah misteri watak Hawkeye The Avengers, si pemanah


Kita mungkin lihat memanah itu sekadar aktiviti biasa dan tiada apa yang istimewa pun.  Namun jika kita benar-benar memahami mengapa Rasulullah SAW menekankan kegiatan ini dalam hadis, kita pasti terkejut dapat mengetahui rahsia terbesar termasuk peroleh manfaat dari segi kesihatan fizikal, mental, rohani dan kehidupan apabila mempraktikkannya. 


Pada kita, memanah nampak begitu mudah.  Apa taknya jika sekadar lepaskan panah saja? Tahukah kita pemanah yang kompetitif sebenarnya memerlukan sejumlah besar kekuatan, ketahanan dan tumpuan untuk menunjukkan prestasi yang baik ketika shooting.  Dalam filem The Avengers terbaru, terdapat 2 watak tambahan adik-beradik lelaki dan perempuan yang memiliki kekuatan kelajuan dan manipulasi fikiran. 


Masih ingat lagi bagaimana wanita ini berjaya memecah-belahkan kumpulan The Avengers dengan manipulasi fikiran mereka? Walaubagaimana pun hanya seorang saja yang tidak mampu ditembusi fikirannya.  Beliaulah yang menyelamatkan semua orang di dalam kumpulan supaya kembali fokus bersatu memerangi kejahatan dunia.  Iaitu Hawkeye

Menariknya tentang watak ini, kita boleh meniliti mengapa beliau seorang saja yang tidak berjaya dipengaruhi fikirannya.  Rupanya fikiran seorang pemanah dilatih supaya fokus secara luar biasa dan menghalang segala rintangan yang menganggu mindanya.  Fokus amat penting untuk kejayaan sebagai seorang pemanah. “Focus” = Forget other commitment until success.


Dengan fokus, tumpuan boleh dibangunkan dan memberi impak positif ke atas kesihatan mental dan kesejahteraan hidup.  Melalui aktiviti memanah, semakin anak-anak kita fokus terhadap sasaran, semakin mudah anak kita mengosongkan fikiran, berada dalam fasa Alpha (zon ketenangan minda) serta  berjaya capai matlamat dengan tepat. Kemahiran yang sama akan bantu diri berurusan dengan tekanan, selesaikan tugas dengan pantas, elakkan gangguan dan jauh daripada emosi negatif seperti bimbang, gelisah, risau dan sebagainya.


Apakah rahsia supaya pemanah berjaya fokus dengan sebaik mungkin?  Ikuti 5 jawapan di bawah ini :

#1 – Langkah pertama untuk anak-anak belajar bagaimana selarikan kesemua anak panah dalam 1 bulatan tengah yang tepat adalah mesti bangunkan konsisten dan keseimbangan dalam melepaskan panah.  1 tindakan membusur anak panah terdiri daripada tindakan, emosi dan pemikiran. Ketiga-tiga perkara inilah yang perlu digarap dengan seiring.  Ia yang akan menentukan masa untuk lepaskan panah dan kedudukan panah di board selepas itu.

2# – Sebaik saja adalah diri anak berjaya konsisten dan anak panah anda berada dalam bulatan yang sama, maka ajar anak untuk gerakkan gaya memanah sedikit lebih tinggi, bawah, kiri, kanan dan tentukan posisi anak panah yang sesuai untuk kedudukan memanah.

3# – Tingkatkan penyelarasan dalaman dengan memberi perhatian terhadap nafas.  Mana mungkin seorang pemanah yang hebat mempunyai nafas termegah-megah.  Kebiasannya mereka akan bernafas menggunakan teknik yang betul untuk berada di Alpha mode.  Pernafasan yang sebenar adalah menggunakan perut, bukannya dada.  Ketika nafas ditarik, kantung perut yang mesti penuh.  Ibarat belon yang sedang mengembang.  Dilepaskan udara dalamnya, ia kempis.

4# ­– Apabila dilakukan dengan betul, memanah akan bina kekuatan teras supaya si pemanah rasa yakin dan semuanya berada kawalannya.  Latihan yang menyasarkan dan menguatkan otot adalah penting untuk memanah.  Mengapa?  Kerana otot teras digunakan untuk menjaga diri pemanah supaya stabil sambil menarik busur terutama pada hari berangin. Kita boleh minta panduan guru untuk mengajar anak-anak latihan bina otot teras ini.

5# – Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana memanah ini boleh dijadikan ibadah sedangkan masa kini, kita tidak menggunakan ia untuk berperang.  Hanya niatkan sahaja aku belajar kerana Allah SWT dan jadikan aku seorang yang fokus dalam semua hal melalui kesan belajar memanah.

No comments:

Post a Comment