Mengapa Ibu Bapa Mesti Didik Anak-anak Memanah?
Memanah Itu Sunnah. Ketahui 5 Sebab Kenapa Kanak-kanak Perlu Belajar Memanah
Tahukah Kita Mengapa 3 Filem Popular Ini Memaparkan Aktiviti Memanah?
Kita mungkin tak perasan terdapat 3 filem di Barat yang turut popular dalam kalangan kanak-kanak yang mempamerkan aktiviti memanah. Iaitu The Hunger Games, Brave oleh Disney dan watak Hawkeye dalam The Avengers. Pernahkah kita terfikir mengapa aktiviti memanah ini dijadikan senjata utama yang digunakan oleh watak filem?
Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan 3 kegiatan sunnah ini dilakukan oleh umatnya : memanah, berkuda dan berenang. Kerana itu di Negara Barat, aktiviti-aktiviti ini amat dititikberatkan kerana mereka tahu terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh melalui 3 sukan ini. Sabda Rasulullah SAW, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).”
(Riwayat Muslim)
Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah. Malah dalam riwayat yang lain, bersabda Rasulullah SAW : “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar dan Thabarani)
Memanah bukan setakat berkaitan dengan seronok semata. Ianya lebih dari itu. Jadi, sebab apa aktiviti memanah sangat digalakkan untuk kita pelajari terutama bagi kanak-kanak? Berikut merupakan 5 jawapannya.
#1 – Mata, Fikiran Dan Badan Dapat Fokus Dengan Mudah
Bayangkan kanak-kanak yang suka memanah akan belajar untuk hilangkan semua gangguan, fokus pandangan kepada target board dan melepaskan bowstring yang konsisten. Menumpukan perhatian semasa latihan memanah turut membantu si anak supaya beri tumpuan yang lebih baik dalam aspek kehidupan lain. Ketenangan yang diperoleh semasa fokus mendidik kanak-kanak untuk menangani situasi stress ketika belajar.
#2 – Badan Menjadi Cergas
Ya, memanah kelihatan mudah. Namun sebenarnya anggota tangan, dada dan bahu mesti selari dengan busur. Cuba memanah dengan kaedah atau teknik keserasian anggota badan bersama busur yang salah boleh menyebabkan kecederaan. Kekuatan tubuh dan fleksibiliti adalah penting apabila menarik busur. Seiring anak-anak berjaya bina kekuatan dan kemahiran, maka badan pun semakin aktif dan cergas.
#3 – Bantu Stabilkan Emosi Anak
Percaya atau tak memanah ini turut melatih emosi, fizikal dan amat pentingkan body balancing untuk meletakkan target pada sasaran dengan tepat. Perbuatan menembak anak panah dari busurnya perlukan satu kekuatan fizikal bersama mental yang sihat. Andai emosi si pemanah tertekan, maka panahannya mudah tersasar. Kanak-kanak yang tidak tenang, gopoh, selalu marah atau kurang sabar tidak akan berjaya jadi pemanah yang baik.
#4 – Percaya Pada Naluri Dan Yakin Diri
Dalam melepaskan anak panah pada shooting board dengan tepat, banyak perkara mesti dipatuhi. Antaranya pacakkan kaki, nock anak panah, grip panah namun tidak terlalu keras, tolak busur jauh sambil menarik bowstring, cari titik utama dan lepaskan panah. Semua proses ini memerlukan naluri yang kuat dan keyakinan supaya kanak-kanak rasa sesuai bilakah masa yang tepat dan selesa untuk menembak panah.
#5 – Kanak-Kanak Berasa Relaks Dan Seronok
Seorang pelakon remaja, Danika Yarosh (16 tahun) berkata, "Perkara yang paling mengejutkan saya selepas memanah ialah bagaimana ia berjaya tenangkan dan bantu legakan tekanan dalam diri saya." Melepaskan anak panah, menonton ia terbang jauh dan tepat kena sasaran sememangnya buatkan kanak-kanak relaks dan seronok.
Tips tambahan untuk didik anak-anak suka memanah : Cuba kraf tangan set memanah di bawah ini bersama mereka di rumah. Hanya sediakan 2 getah, 1 batang pengorek telinga dan 1 batang aiskrim. Ikatkan getah di bahagian hujung batang dan gunakan 1 batang pengorek telinga kapas sebagai busurnya. Dah pun siap. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment