Nak Tahu Apa Yang Jadi Pada Diri Anak-Anak Saat Mereka Konsisten Belajar Memanah?
#1 – Potensi Anak-anak “Terpaksa” Jadi Luar Biasa
Adakah kita tahu jarak untuk menembak anak panah bermula dari 20 > 30 > 40 > 50 > 60 > 70 meter hingga seterusnya? Umpama seperti bermain golf. Mula sedikit demi sedikit. Sementara anak-anak belajar memanah dengan jarak yang berbeza, teknik dan latihan yang digunakan adalah sama. Hanya ia akan menjadi lebih sengit dan mencabar.
Di luar negara tatkala melalui fasa latihan 1 jam hingga 1 jam minit 30 pertama, anak-anak akan belajar mengumpulkan kira-kira 60 hingga 90 batang anak panah dalam bulatan target board. Ketika mereka usaha untuk belajar kumpulkan anak panah, anak-anak mesti selaraskan badan, emosi dan fikiran ke dalam sistem iaitu satu proses yang sering diulangi saat lepaskan panah.
Mungkin ada anak-anak yang bakal bosan namun sebenarnya mereka tidak sedar bahawa setiap kali mereka ulang proses tersebut, potensi, ketajaman fokus dan skill mereka diasah menjadi lebih hebat. Bayangkan dengan proses tersebut saja, anak-anak bakal raih suatu yang hampir kepada kesempurnaan untuk hapuskan apa-apa kesilapan dalam setiap minit. Bahkan diri mereka sentiasa bertambah baik.
#2 – Tabiat Positif Dapat Diterapkan Dengan Mudah Ke Dalam Diri Anak-anak
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika anak-anak terdedah dengan hal yang positif, maka mudah kita sebagai ibu bapa mengurusnya. Jika sebaliknya, kita pun susah hati dengan perangainya yang macam-macam. Namun andai anak-anak buat perangai, memanah adalah aktiviti yang sesuai untuk mendidiknya jadi positif.
Ajarkan anak-anak pada usia seawal mungkin kerana minda mereka senang belajar dan menyerap hal-hal yang baik. Dalam usaha membentuk anak-anak sebagai pemanah terhebat, mereka harus membangunkan 3 perkara ini iaitu emosi, fikiran dan badan yang seimbang seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Intipati memanah sebenarnya dapat tingkatkan keupayaan untuk ingatan jangka masa panjang di mana ia boleh diaplikasikan kepada pembelajaran sekolah (hafal formula).
Percayalah selepas 40 hari berlatih, kita pasti dapat lihat perubahan sikap anak-anak kesan daripada aktiviti memanah. Mahu tak mahu, syarat utama berjaya memanah dengan bagus adalah buang segala tabiat buruk yang ada.
#3 – Timbulkan Keterujaan Untuk Faham Bagaimana Proses Meraih Kejayaan Hidup
Dah dewasa kita sendiri tahu bukan mudah menjalani cabaran dalam kehidupan. Kebanyakan orang ada yang lari dari masalah dan stuck namun hanya 10% saja yang berjaya tanganinya dengan baik. F.E.A.R = Face everything and rise. Inilah konsep baru yang dipelajari dalam aktiviti memanah.
Walaupun anak-anak mempunyai impian mahu berjaya, kita mungkin dapati bahawa ada anak-anak yang takut untuk capai target, mengharapkan keputusan yang terlalu cepat, tidak konsisten dalam proses dan lain-lain. Namun makin kerap kita ajar anak-anak memanah, lama-kelamaan makin mereka faham mengapa proses tersebut penting terutama dalam meraih kejayaan hidup.
Memanah melatih diri anak-anak supaya pengalaman memihak kepada mereka. Memanah turut membuatkan mereka sedar cara mereka berfikir dari sudut pandang yang berbeza dan bagaimana tangani kejayaan. Anak-anak akan belajar mengumpul pengalaman yang baik dan mengeluarkan semula usaha mereka untuk capai sasaran secara optimis.
Psss : Perlu diingat adalah penting untuk anak-anak kita dibimbing oleh guru yang hebat. Didikan yang luar biasa pasti berikan impak yang luar biasa terhadap pembangunan diri anak-anak. Umpama filem Kung Fu Panda. Saat lihat kehebatan Panda dalam perlawanan Kung Fu, lihatlah dengan siapa dia belajar praktis walaupun Panda kuat makan dan banyak bergurau.
No comments:
Post a Comment