Sunday 29 January 2017

8 Tips Buatkan Anak-Anak Seronok Memanah

Anak-anak Bosan Memanah? Apa Kata Anda Cuba 8 Teknik Ini?
Bagaimana Didik Anak-Anak Memanah Dengan Mudah?

Mengapa kita sibuk nak ajar anak-anak memanah? Tujuannya untuk apa? Adakah sekadar saja-saja atau ia amat seronok atau lain-lain?

Seorang remaja menceritakan >>> Di sekolah siswazah, saya mengambil kelas "Sukan Falsafah" yang diajar oleh Profesor. Ia sangat menakjubkan. Saya tidak tahu apa yang bakal saya belajar ketika daftar kelas, namun akhirnya ia mempunyai impak yang besar terhadap gaya saya berlatih dan pemahaman saya mengapa saya suka memanah.

Salah satu latihan kelas yang lain dipanggil “pergerakan biografi." Melalui kelas ini, pelajar-pelajar diperiksa sejarah peribadi, pergerakan badan dan mencatat setiap kenangan kami termasuk kecederaan, rintangan dan pencapaian. Kami juga mengkaji hubungan diri dengan sukan. Saya dapati kelas ini membantu saya faham dengan lebih mudah MENGAPA kita mesti suka bermain sukan.

Bayangkan harapan Olimpik seperti Joe Fanchin menghabiskan banyak masa berlatih dalam sukan yang beliau pakar. Beliau pastikan tabiat amalannya adalah sejajar dengan falsafah sukan dan why beliau melakukannya. Malah The Explore Archery program oleh USA Archery amat menekankan tentang keseronokan melakukannya buat pertama kali.

Sebab itu sebelum kita ajar mereka memanah, kita dulu yang mesti tahu dan faham apakah matlamat yang ingin dicapai oleh anak melalui sukan tersebut. Tatkala kita sudah faham, tiba masa pula kita bangunkan dorongan untuk anak-anak berlatih dan menikmati prosesnya.

Namun andai anak-anak tidak gemar memanah, cara apa nak diamalkan supaya mereka pun suka dan teruja raih pahala selagi mana amalkan aktiviti sunnah Rasulullah SAW ini?

#1 – Salah satu yang paling menyeronokkan dan mudah dibuat : gantungkan belon kecil pada target board. Semua orang suka untuk letupkan belon tidak kira berapa umur mereka. Tiup belon, gantung dan kemudian minta anak-anak memanah belon tersebut. Pop!

* Photo : USA Archery’s Explore Archery Program

#2 – Satu kegembiraan yang tidak dapat dinafikan adalah kepuasan kanak-kanak menembak buah tak kira apa-apa jenis buah-buahan. Namun pastikan kita sudah bersedia dengan alatan untuk bersihkan kawasan kerana keadaan buah yang berair apabila dipanah.

#3 – Ya, gunakan belon lagi. Apa kata letakkan gula-gula dalam belon semasa ditiup? Siapa yang berjaya pecahkan belon di target board berpeluang memenangi dan makan gula-gula tersebut. Andai ada yang mempunyai anak-anak yang ramai, teknik ini mengajar anak-anak untuk berdaya saing. Yeayyy, dah dapat gula-gula!

 #4 – Cara ini dipanggil sebagai “split arrow game” yang dikongsi oleh Golden Gate JOAD (Junior Olympic Archery Development) di laman web mereka. Iaitu pasang dan gamkan tiub kadbod di pusat sasaran memanah. Hiaskan tiub dengan sayap untuk kelihatan seperti anak panah. Anak-anak yang berjaya lepaskan panah tepat masuk dalam tiub dikira sebagai pemenang.

* Photo : Golden Gate JOAD

#5 – Tips kreatif jika malas pakai target board : menembak pada botol plastik yang berwarna. Isikan dengan air jika kita suka. Ia menjadikan keadaan lebih dramatik.

#6 – Print dan tampal gambar kartun berwarna kesukaan anak-anak pada board. Sememangnya kaedah ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kanak-kanak memandangkan sasaran mereka berwarna-warni.

#7 – Sediakan sasaran 3-D dan bingkaikan pada target board. Sebagai contoh, lihat gambar dibawah. Anak-anak mesti teruja untuk belajar memanah!


#8 – Akhir sekali andai mahu yang mudah, hantar saja anak-anak ke Kelab Memanah untuk kanak-kanak. Biarkan mereka bertemu dengan kawan-kawan baru dan alami keseronokan bersama. Serahkan saja urusan kepada guru yang pakar dan ambil tahu perkembangan mereka.

No comments:

Post a Comment