Sunday, 29 January 2017

8 Tips Buatkan Anak-Anak Seronok Memanah

Anak-anak Bosan Memanah? Apa Kata Anda Cuba 8 Teknik Ini?
Bagaimana Didik Anak-Anak Memanah Dengan Mudah?

Mengapa kita sibuk nak ajar anak-anak memanah? Tujuannya untuk apa? Adakah sekadar saja-saja atau ia amat seronok atau lain-lain?

Seorang remaja menceritakan >>> Di sekolah siswazah, saya mengambil kelas "Sukan Falsafah" yang diajar oleh Profesor. Ia sangat menakjubkan. Saya tidak tahu apa yang bakal saya belajar ketika daftar kelas, namun akhirnya ia mempunyai impak yang besar terhadap gaya saya berlatih dan pemahaman saya mengapa saya suka memanah.

Salah satu latihan kelas yang lain dipanggil “pergerakan biografi." Melalui kelas ini, pelajar-pelajar diperiksa sejarah peribadi, pergerakan badan dan mencatat setiap kenangan kami termasuk kecederaan, rintangan dan pencapaian. Kami juga mengkaji hubungan diri dengan sukan. Saya dapati kelas ini membantu saya faham dengan lebih mudah MENGAPA kita mesti suka bermain sukan.

Bayangkan harapan Olimpik seperti Joe Fanchin menghabiskan banyak masa berlatih dalam sukan yang beliau pakar. Beliau pastikan tabiat amalannya adalah sejajar dengan falsafah sukan dan why beliau melakukannya. Malah The Explore Archery program oleh USA Archery amat menekankan tentang keseronokan melakukannya buat pertama kali.

Sebab itu sebelum kita ajar mereka memanah, kita dulu yang mesti tahu dan faham apakah matlamat yang ingin dicapai oleh anak melalui sukan tersebut. Tatkala kita sudah faham, tiba masa pula kita bangunkan dorongan untuk anak-anak berlatih dan menikmati prosesnya.

Namun andai anak-anak tidak gemar memanah, cara apa nak diamalkan supaya mereka pun suka dan teruja raih pahala selagi mana amalkan aktiviti sunnah Rasulullah SAW ini?

#1 – Salah satu yang paling menyeronokkan dan mudah dibuat : gantungkan belon kecil pada target board. Semua orang suka untuk letupkan belon tidak kira berapa umur mereka. Tiup belon, gantung dan kemudian minta anak-anak memanah belon tersebut. Pop!

* Photo : USA Archery’s Explore Archery Program

#2 – Satu kegembiraan yang tidak dapat dinafikan adalah kepuasan kanak-kanak menembak buah tak kira apa-apa jenis buah-buahan. Namun pastikan kita sudah bersedia dengan alatan untuk bersihkan kawasan kerana keadaan buah yang berair apabila dipanah.

#3 – Ya, gunakan belon lagi. Apa kata letakkan gula-gula dalam belon semasa ditiup? Siapa yang berjaya pecahkan belon di target board berpeluang memenangi dan makan gula-gula tersebut. Andai ada yang mempunyai anak-anak yang ramai, teknik ini mengajar anak-anak untuk berdaya saing. Yeayyy, dah dapat gula-gula!

 #4 – Cara ini dipanggil sebagai “split arrow game” yang dikongsi oleh Golden Gate JOAD (Junior Olympic Archery Development) di laman web mereka. Iaitu pasang dan gamkan tiub kadbod di pusat sasaran memanah. Hiaskan tiub dengan sayap untuk kelihatan seperti anak panah. Anak-anak yang berjaya lepaskan panah tepat masuk dalam tiub dikira sebagai pemenang.

* Photo : Golden Gate JOAD

#5 – Tips kreatif jika malas pakai target board : menembak pada botol plastik yang berwarna. Isikan dengan air jika kita suka. Ia menjadikan keadaan lebih dramatik.

#6 – Print dan tampal gambar kartun berwarna kesukaan anak-anak pada board. Sememangnya kaedah ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kanak-kanak memandangkan sasaran mereka berwarna-warni.

#7 – Sediakan sasaran 3-D dan bingkaikan pada target board. Sebagai contoh, lihat gambar dibawah. Anak-anak mesti teruja untuk belajar memanah!


#8 – Akhir sekali andai mahu yang mudah, hantar saja anak-anak ke Kelab Memanah untuk kanak-kanak. Biarkan mereka bertemu dengan kawan-kawan baru dan alami keseronokan bersama. Serahkan saja urusan kepada guru yang pakar dan ambil tahu perkembangan mereka.

3 Pengajaran yang Kita Tak Pernah Tahu Betapa Hebatnya Memanah

Nak Tahu Apa Yang Jadi Pada Diri Anak-Anak Saat Mereka Konsisten Belajar Memanah?

#1 – Potensi Anak-anak “Terpaksa” Jadi Luar Biasa
Adakah kita tahu jarak untuk menembak anak panah bermula dari 20 > 30 > 40 > 50 > 60 > 70 meter hingga seterusnya? Umpama seperti bermain golf. Mula sedikit demi sedikit. Sementara anak-anak belajar memanah dengan jarak yang berbeza, teknik dan latihan yang digunakan adalah sama. Hanya ia akan menjadi lebih sengit dan mencabar.

Di luar negara tatkala melalui fasa latihan 1 jam hingga 1 jam minit 30 pertama, anak-anak akan belajar mengumpulkan kira-kira 60 hingga 90 batang anak panah dalam bulatan target board. Ketika mereka usaha untuk belajar kumpulkan anak panah, anak-anak mesti selaraskan badan, emosi dan fikiran ke dalam sistem iaitu satu proses yang sering diulangi saat lepaskan panah.

Mungkin ada anak-anak yang bakal bosan namun sebenarnya mereka tidak sedar bahawa setiap kali mereka ulang proses tersebut, potensi, ketajaman fokus dan skill mereka diasah menjadi lebih hebat. Bayangkan dengan proses tersebut saja, anak-anak bakal raih suatu yang hampir kepada kesempurnaan untuk hapuskan apa-apa kesilapan dalam setiap minit. Bahkan diri mereka sentiasa bertambah baik.


#2 – Tabiat Positif Dapat Diterapkan Dengan Mudah Ke Dalam Diri Anak-anak
Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika anak-anak terdedah dengan hal yang positif, maka mudah kita sebagai ibu bapa mengurusnya. Jika sebaliknya, kita pun susah hati dengan perangainya yang macam-macam. Namun andai anak-anak buat perangai, memanah adalah aktiviti yang sesuai untuk mendidiknya jadi positif.

Ajarkan anak-anak pada usia seawal mungkin kerana minda mereka senang belajar dan menyerap hal-hal yang baik. Dalam usaha membentuk anak-anak sebagai pemanah terhebat, mereka harus membangunkan 3 perkara ini iaitu emosi, fikiran dan badan yang seimbang seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini. Intipati memanah sebenarnya dapat tingkatkan keupayaan untuk ingatan jangka masa panjang di mana ia boleh diaplikasikan kepada pembelajaran sekolah (hafal formula).

Percayalah selepas 40 hari berlatih, kita pasti dapat lihat perubahan sikap anak-anak kesan daripada aktiviti memanah. Mahu tak mahu, syarat utama berjaya memanah dengan bagus adalah buang segala tabiat buruk yang ada.


#3 – Timbulkan Keterujaan Untuk Faham Bagaimana Proses Meraih Kejayaan Hidup
Dah dewasa kita sendiri tahu bukan mudah menjalani cabaran dalam kehidupan. Kebanyakan orang ada yang lari dari masalah dan stuck namun hanya 10% saja yang berjaya tanganinya dengan baik. F.E.A.R = Face everything and rise. Inilah konsep baru yang dipelajari dalam aktiviti memanah.

Walaupun anak-anak mempunyai impian mahu berjaya, kita mungkin dapati bahawa ada anak-anak yang takut untuk capai target, mengharapkan keputusan yang terlalu cepat, tidak konsisten dalam proses dan lain-lain. Namun makin kerap kita ajar anak-anak memanah, lama-kelamaan makin mereka faham mengapa proses tersebut penting terutama dalam meraih kejayaan hidup.

Memanah melatih diri anak-anak supaya pengalaman memihak kepada mereka. Memanah turut membuatkan mereka sedar cara mereka berfikir dari sudut pandang yang berbeza dan bagaimana tangani kejayaan. Anak-anak akan belajar mengumpul pengalaman yang baik dan mengeluarkan semula usaha mereka untuk capai sasaran secara optimis.




Psss : Perlu diingat adalah penting untuk anak-anak kita dibimbing oleh guru yang hebat. Didikan yang luar biasa pasti berikan impak yang luar biasa terhadap pembangunan diri anak-anak. Umpama filem Kung Fu Panda. Saat lihat kehebatan Panda dalam perlawanan Kung Fu, lihatlah dengan siapa dia belajar praktis walaupun Panda kuat makan dan banyak bergurau.

Misteri Watak Hawkeye The AVENGERS, SI PEMANAH



Kita mungkin tak percaya cerita ini tentang watak Hawkeye The Avengers.
Andai saja kita tahu rahsia di sebalik aktiviti memanah misteri watak Hawkeye The Avengers, si pemanah


Kita mungkin lihat memanah itu sekadar aktiviti biasa dan tiada apa yang istimewa pun.  Namun jika kita benar-benar memahami mengapa Rasulullah SAW menekankan kegiatan ini dalam hadis, kita pasti terkejut dapat mengetahui rahsia terbesar termasuk peroleh manfaat dari segi kesihatan fizikal, mental, rohani dan kehidupan apabila mempraktikkannya. 


Pada kita, memanah nampak begitu mudah.  Apa taknya jika sekadar lepaskan panah saja? Tahukah kita pemanah yang kompetitif sebenarnya memerlukan sejumlah besar kekuatan, ketahanan dan tumpuan untuk menunjukkan prestasi yang baik ketika shooting.  Dalam filem The Avengers terbaru, terdapat 2 watak tambahan adik-beradik lelaki dan perempuan yang memiliki kekuatan kelajuan dan manipulasi fikiran. 


Masih ingat lagi bagaimana wanita ini berjaya memecah-belahkan kumpulan The Avengers dengan manipulasi fikiran mereka? Walaubagaimana pun hanya seorang saja yang tidak mampu ditembusi fikirannya.  Beliaulah yang menyelamatkan semua orang di dalam kumpulan supaya kembali fokus bersatu memerangi kejahatan dunia.  Iaitu Hawkeye

Menariknya tentang watak ini, kita boleh meniliti mengapa beliau seorang saja yang tidak berjaya dipengaruhi fikirannya.  Rupanya fikiran seorang pemanah dilatih supaya fokus secara luar biasa dan menghalang segala rintangan yang menganggu mindanya.  Fokus amat penting untuk kejayaan sebagai seorang pemanah. “Focus” = Forget other commitment until success.


Dengan fokus, tumpuan boleh dibangunkan dan memberi impak positif ke atas kesihatan mental dan kesejahteraan hidup.  Melalui aktiviti memanah, semakin anak-anak kita fokus terhadap sasaran, semakin mudah anak kita mengosongkan fikiran, berada dalam fasa Alpha (zon ketenangan minda) serta  berjaya capai matlamat dengan tepat. Kemahiran yang sama akan bantu diri berurusan dengan tekanan, selesaikan tugas dengan pantas, elakkan gangguan dan jauh daripada emosi negatif seperti bimbang, gelisah, risau dan sebagainya.


Apakah rahsia supaya pemanah berjaya fokus dengan sebaik mungkin?  Ikuti 5 jawapan di bawah ini :

#1 – Langkah pertama untuk anak-anak belajar bagaimana selarikan kesemua anak panah dalam 1 bulatan tengah yang tepat adalah mesti bangunkan konsisten dan keseimbangan dalam melepaskan panah.  1 tindakan membusur anak panah terdiri daripada tindakan, emosi dan pemikiran. Ketiga-tiga perkara inilah yang perlu digarap dengan seiring.  Ia yang akan menentukan masa untuk lepaskan panah dan kedudukan panah di board selepas itu.

2# – Sebaik saja adalah diri anak berjaya konsisten dan anak panah anda berada dalam bulatan yang sama, maka ajar anak untuk gerakkan gaya memanah sedikit lebih tinggi, bawah, kiri, kanan dan tentukan posisi anak panah yang sesuai untuk kedudukan memanah.

3# – Tingkatkan penyelarasan dalaman dengan memberi perhatian terhadap nafas.  Mana mungkin seorang pemanah yang hebat mempunyai nafas termegah-megah.  Kebiasannya mereka akan bernafas menggunakan teknik yang betul untuk berada di Alpha mode.  Pernafasan yang sebenar adalah menggunakan perut, bukannya dada.  Ketika nafas ditarik, kantung perut yang mesti penuh.  Ibarat belon yang sedang mengembang.  Dilepaskan udara dalamnya, ia kempis.

4# ­– Apabila dilakukan dengan betul, memanah akan bina kekuatan teras supaya si pemanah rasa yakin dan semuanya berada kawalannya.  Latihan yang menyasarkan dan menguatkan otot adalah penting untuk memanah.  Mengapa?  Kerana otot teras digunakan untuk menjaga diri pemanah supaya stabil sambil menarik busur terutama pada hari berangin. Kita boleh minta panduan guru untuk mengajar anak-anak latihan bina otot teras ini.

5# – Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana memanah ini boleh dijadikan ibadah sedangkan masa kini, kita tidak menggunakan ia untuk berperang.  Hanya niatkan sahaja aku belajar kerana Allah SWT dan jadikan aku seorang yang fokus dalam semua hal melalui kesan belajar memanah.

MENGAPA IBU BAPA MESTI DIDIK ANAK-ANAK MEMANAH?

Mengapa Ibu Bapa Mesti Didik Anak-anak Memanah?
Memanah Itu Sunnah. Ketahui 5 Sebab Kenapa Kanak-kanak Perlu Belajar Memanah
Tahukah Kita Mengapa 3 Filem Popular Ini Memaparkan Aktiviti Memanah?



Kita mungkin tak perasan terdapat 3 filem di Barat yang turut popular dalam kalangan kanak-kanak yang mempamerkan aktiviti memanah.  Iaitu The Hunger Games, Brave oleh Disney dan watak Hawkeye dalam The Avengers.  Pernahkah kita terfikir mengapa aktiviti memanah ini dijadikan senjata utama yang digunakan oleh watak filem?


Nabi Muhammad SAW sangat menganjurkan 3 kegiatan sunnah ini dilakukan oleh umatnya : memanah, berkuda dan berenang.  Kerana itu di Negara Barat, aktiviti-aktiviti ini amat dititikberatkan kerana mereka tahu terdapat banyak manfaat dan kebaikan yang diperoleh melalui 3 sukan ini. Sabda Rasulullah SAW, “Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda).”
(Riwayat Muslim)

Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.  Malah dalam riwayat yang lain, bersabda Rasulullah SAW : “Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar dan Thabarani)


Memanah bukan setakat berkaitan dengan seronok semata.  Ianya lebih dari itu.  Jadi, sebab apa aktiviti memanah sangat digalakkan untuk kita pelajari terutama bagi kanak-kanak? Berikut merupakan 5 jawapannya.

#1 – Mata, Fikiran Dan Badan Dapat Fokus Dengan Mudah
Bayangkan kanak-kanak yang suka memanah akan belajar untuk hilangkan semua gangguan, fokus pandangan kepada target board dan melepaskan bowstring yang konsisten.  Menumpukan perhatian semasa latihan memanah turut membantu si anak supaya beri tumpuan yang lebih baik dalam aspek kehidupan lain.  Ketenangan yang diperoleh semasa fokus mendidik kanak-kanak untuk menangani situasi stress ketika belajar.

#2 – Badan Menjadi Cergas
Ya, memanah kelihatan mudah.  Namun sebenarnya anggota tangan, dada dan bahu mesti selari dengan busur.  Cuba memanah dengan kaedah atau teknik keserasian anggota badan bersama busur yang salah boleh menyebabkan kecederaan.  Kekuatan tubuh dan fleksibiliti adalah penting apabila menarik busur.  Seiring anak-anak berjaya bina kekuatan dan kemahiran, maka badan pun semakin aktif dan cergas.

#3 – Bantu Stabilkan Emosi Anak
Percaya atau tak memanah ini turut melatih emosi, fizikal dan amat pentingkan body balancing untuk meletakkan target pada sasaran dengan tepat.  Perbuatan menembak anak panah dari busurnya perlukan satu kekuatan fizikal bersama mental yang sihat.  Andai emosi si pemanah tertekan, maka panahannya mudah tersasar.  Kanak-kanak yang tidak tenang, gopoh, selalu marah atau kurang sabar tidak akan berjaya jadi pemanah yang baik.

#4 – Percaya Pada Naluri Dan Yakin Diri
Dalam melepaskan anak panah pada shooting board dengan tepat, banyak perkara mesti dipatuhi.  Antaranya pacakkan kaki, nock anak panah, grip panah namun tidak terlalu keras, tolak busur jauh sambil menarik bowstring, cari titik utama dan lepaskan panah.  Semua proses ini memerlukan naluri yang kuat dan keyakinan supaya kanak-kanak rasa sesuai bilakah masa yang tepat dan selesa untuk menembak panah.

#5 – Kanak-Kanak Berasa Relaks Dan Seronok
Seorang pelakon remaja, Danika Yarosh (16 tahun) berkata, "Perkara yang paling mengejutkan saya selepas memanah ialah bagaimana ia berjaya tenangkan dan bantu legakan tekanan dalam diri saya." Melepaskan anak panah, menonton ia terbang jauh dan tepat kena sasaran sememangnya buatkan kanak-kanak relaks dan seronok.

Tips tambahan untuk didik anak-anak suka memanah : Cuba kraf tangan set memanah di bawah ini bersama mereka di rumah.  Hanya sediakan 2 getah, 1 batang pengorek telinga dan 1 batang aiskrim.  Ikatkan getah di bahagian hujung batang dan gunakan 1 batang pengorek telinga kapas sebagai busurnya.  Dah pun siap. Selamat mencuba!

Testimoni Set Memanah



♪ ♪ TESTIMONIAL PELANGGAN♪ ♪


Lebih 1000 unit set Memanah Kanak-Kanak telah kami jual. Berikut adalah testimoni yang kami terima dari IBU Bapa yang anak-anak mereka gembira bermain..









Testimonial 1


Testimonial 2


Testimonial 3


Testimonial 4



Testimonial 5


Testimonial 6


Testimonial 7


Testimonial 8



Testimonial 9


Testimonial 10


Testimonial 11


Testimonial 12


Testimonial 13


Testimonial 14





GALERI PELANGGAN





Gambar 1

Gambar 2










Gambar 3









Gambar 4














Wednesday, 25 January 2017

Cara Order dan Hubungi Kami



Terus berhubung dengan Set Memanah Kanak-Kanak

Tunggu apa lagi. Oder sekarang. Harga yang kami tawarkan sangat berbaloi-baloi untuk anak-anak anda. Kami jamin kualiti dan harga yang terbaik untuk anda 😍😍
Kami juga menyediakan perkhidmatan CASH ON DELIVERY(COD) di tempat-tempat berhampiran dengan kami.

PM atau Whatsapp kami untuk ORDER okay😘

Whatsapp ' SM 02 ' ke 0173345006 (Puan Wazni) untuk harga special 📱📲


Hanya RM140 DAN RM150 untuk SET MEMANAH KANAK-KANAK (TerMASUK postage ke SEMENANJUNG)...😇😁

HARGA PROMO terbaik terendah di pasaran, insyaa Allah. WHATSAPP SEGERA SEBELUM HABIS.

KAEDAH PEMBAYARAN

Perhatian! Sila pilih kaedah pembayaran yang sesuai untuk anda di bawah
Perbankan Internet / Mesin Deposit Tunai
Sila lakukan bayaran berjumlah RM 140.00/RM150.00 ke akaun bank pilihan anda di bawah.
  • Anda mesti memasukkan emel setmemanah@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.





Penama       Wazni Enterprise
No. Akaun   5630 5522 4120






Alamat kami
WAZNI ENTERPRISE (SUNNAH ARCHERY)
PT 13428, Jalan Selasih Kanan 8/1, Taman Kerteh Indah 4, Kg Baru, 24300 Kemaman, Country: Malaysia State: Terengganu

Facebook Page Kami: Set Memanah Kanak-Kanak

Instagram Kami: setmemanahkanakkanak

Email: setmemanah@gmail.com









MAKLUMAN:

Ahad - Khamis 
(reply e-mail, bungkusan dan pos barangan pelanggan yang dah bayar sehari sebelum) 
Jumaat & Sabtu, kami cuti, order akan dibalas pada ahad berikutnya. Waktu Pengeposan Sehari selepas pembayaran dibuat. Harap maklum. 





Terma Dan Syarat

i. Kami hanya layan seriuos buyer sahaja ye..Booking dibenarkan dalam tempoh 2 hari je. Kalau Selepas 2 hari tidak ada bayaran kira anda tidak berminat lagi jadi kami akan jual pada customer lain. 

ii. Jika lewat atau ada masalah boleh email di setmemanah@gmail.com yer secepat mungkin.

iii. Pengeposan barang akan dibuat dalam masa 24jam selepas pembayaran diterima.

iv. Sila isi borang yang disediakan dalam blog ni ye..kami akan reply dalam masa 24jam email diterima.

v. Selepas pembayaran dibuat sila copy kan resit dan emailkan kpd kami kalau yang buat deposit cash sila scan dulu resit dan email kepada kami. Sekiranya pembayaran sudah dibuat tetapi tidak disertakan resit pihak kami tidak akan bertanggungjawab keatas pembayaran tersebut. 
















































Anak-anak dan memanah

<3 AJAR ANAK-ANAK SUNNAH MEMANAH 

<3

✤ Mengamalkan sunnah dan menghidupkannya mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadith seperti mendapat petunjuk, dimasukkan ke dalam syurga, mendapat pahala 100 orang syahid.✤
Nabi SAW yang bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid“. (Riwayat Baihaqi). Dalam riwayat Thabarani dari padaAbu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu sabdanya yang bermaksud: “Baginya pahala orang yang mati syahid”.
=======================



Rasulullah SAW bersabda:
“Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan ☑ memanah ☑” (Riwayat Sahih Bukhari & Muslim).
------------------------------------




SET MEMANAH KANAK2 YANG ANAK PANAHNYA TIDAK TAJAM
 Permulaan baik untuk anak2 berjinak2 dengan sukan memanah.
 Anak panahnya melekat di papan pemanah
 Sesuai untuk anak2 berumur 4 tahun dan ke atas
 Boleh gantikan permainan games komputer atau gadget yang melalaikan
----------------------------------



Kenapa dalam Islam kita digalakkan mengajar anak-anak sukanmemanah?
✏ Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. ✏Menitikkan beratkan body balancing. Maka kalau pemanah
emosinya tertekan, maka panahan akan tersasar. Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.
✏ Mengajar anak-anak fokus
✏ Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal.
✏ Latihan holistik dari segi fizikal dan mental.